Wednesday, 10 November 2021

*AafiyatCakna:* Penyakit yang Diabaikan Ramai Orang

 



✨ *AafiyatCakna:* Penyakit yang Diabaikan Ramai Orang


Siapa pernah lalui sukar bernafas, penat melampau, bengkak kaki dan buku lali?


Istilah serangan jantung atau heart attact sangat sinonim dengan kita. Tapi berapa ramai dalam kalangan kita pernah dengar dan cakna tentang sisi penyakit jantung yang lain, disebut sebagai *kegagalan jantung atau heart failure?*


Mengikut kajian, risiko kematian akibat kegagalan jantung lebih tinggi daripada kebanyakan jenis kanser yang ada. Lebih 26 juta orang mengalami penyakit ini di seluruh dunia. Di Malaysia, ia mengakibatkan 1 kematian daripada 10 pesakit yang dimasukkan ke hospital. Ini fakta, bukan auta!


Apa maksud kegagalan jantung ni? Bahasa mudahnya ia bermaksud jantung tak berupaya untuk mengepam darah ke seluruh badan disebabkan otot jantung yang lemah, mengakibatkan pesakit mudah letih.


Mari kita lihat apakah puncanya;


Diabetes - Obesiti - Merokok - Tekanan darah tinggi - Kemurungan

Gangguan tidur - Alkohol atau dadah - Rawatan kanser tertentu


Lalu, apa solusi yang kita ada?

Ubah gaya hidup adalah cara yang paling efektif untuk mencegah penyakit ini kerana hingga sekarang, masih tidak ada teknologi moden yang mampu memberi rawatan kekal kepada pesakit.


Aktifkan diri, berhenti merokok, urus stress dengan baik, mengekalkan berat badan yang ideal, paling penting, amalkan diet atau pemakanan yang sihat.


Antara makanan yang boleh membantu adalah pengambilan cuka buahan organik seperti Cuka Buah Teen dan madu, keduanya membekalkan nutrisi yang sangat baik terutamanya dalam membekalkan mineral dan vitamin serta bermanfaat untuk kesihatan jantung (1) (2) . 


Amalkan cuka teen dengan cara membancuh 1-2 sudu besar cuka dengan segelas air kosong, amalkan selepas makan. Campurkan 1 sudu teh Madu Gunung untuk menggandakan lagi khasiatnya.


Rujukan: 

_(1) Xia, T., Zhang, B., Duan, W., Zhang, J., & Wang, M. (2020). Nutrients and bioactive components from vinegar: A fermented and functional food. Journal of Functional Foods, 64, 103681. doi:10.1016/j.jff.2019.103681_

_(2) https://www.google.com/amp/s/hellodoktor.com/penyakit-jantung/kegagalan-jantung/kegagalan-jantung/%3famp=1_

_(3) Idrus, R. B., Sainik, N. Q., Nordin, A., Saim, A. B., & Sulaiman, N. (2020). Cardioprotective Effects of Honey and Its Constituent: An Evidence-Based Review of Laboratory Studies and Clinical Trials. International Journal of Environmental Research and Public Health, 17(10), 3613. doi:10.3390/ijerph17103613_


.

#olivehouse

#minyakhabbatussauda

#habbatussauda

#blackseedoil

#blackseed

#Jantungsihat

#AllahJagaKita

#KitaJagaKita

No comments:

Post a Comment

Promosi Kombo Aafiyat D Haramain Olive House

 Kombo Aafiyat D Haramain Olive House Kombo 1 1. Minyak Zaitun Olivie Plus 30x 250ml 1 unit 2. Madu Kyrgyzstan 125g 1 unit PERCUMA Minyak Ha...