Monday 31 January 2022

Dr Ezany Roti Telur OPU

Dr Ezany Roti Telur OPU



Kempen Change Now by Olive House telah dilancarkan 15 Januari 2022 yang lalu, sejajar dengan semangat “New Year, New Me” dengan menggalakkan azam baharu ke arah membudayakan gaya hidup aafiyat serta pemakanan yang lebih sihat.


#aafiyatlifestyle

#changenow

#aafiyat

#olivehouse

#aafiyatsharing

#aafiyatstore

#shahalam

#setiaalam


Order Produk Olive House : https://shp.ee/8cjkh5t

Sunday 30 January 2022

Apakah itu kolestrol?

Apakah Itu Kolestrol?

Apakah itu kolestrol



Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi.

Badan kita memperoleh kolesterol daripada makanan yang bersumberkan haiwan di samping menghasilkan kolesterol sendiri di bahagian hati.

Tahu tak kolesterol ni ada dua jenis?

Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) cenderung menumpuk dalam saluran darah yang menyebabkan penyumbatan salur darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) pula mencegah penyempitan saluran darah jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol dalam saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung. 

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#ChangeNow

#Kolesterol

#CegahObesiti

#JomUbah

#BerubahSekarang

Saturday 29 January 2022

Makanan Tinggi Kolesterol yang Patut Dihindari

 ✨ InfoAafiyat: Makanan Tinggi Kolesterol yang Patut Dihindari

Makanan Tinggi Kolesterol yang Patut Dihindari


.

Pemakanan yang tidak sihat merupakan salah satu punca utama obesiti yang dihadapi oleh ramai orang. 


Makanan tinggi kalori boleh menyebabkan berat badan seseorang individu itu menambah dengan sangat cepat!😱


Oleh itu, elakkan/hadkan: 

❌Lemak trans dalam makanan segera, bergoreng, & makanan berproses 

❌Hadkan pengambilan lemak tepu daripada sumber haiwan 

❌Makanan & minuman tinggi gula seperti pastri, minuman berkarbonat, manisan & gula-gula 

❌Makanan tinggi garam seperti makanan segera, makanan berproses, makanan dalam tin & pelbagai jenis sos serta kicap 

❌Karbohidrat berproses seperti roti, tepung, gula & nasi putih


Pilihlah makanan yang lebih sihat, kawal saiz hidangan dan jangan lupa bersenam juga penting untuk tubuh badan yang sihat.💪


#OliveHouse 

#AafiyatLifetsyle 

#MudahnyaAafiyat 

#ChangeNow 

#Kolesterol 

#CegahObesiti

Friday 28 January 2022

Dr Ezany - Resepi Sup Kepala Ikan

 

Dr Ezany - Resepi Sup Kepala Ikan





Kempen Change Now by Olive House telah dilancarkan 15 Januari 2022 yang lalu, sejajar dengan semangat “New Year, New Me” dengan menggalakkan azam baharu ke arah membudayakan gaya hidup aafiyat serta pemakanan yang lebih sihat.

#aafiyatlifestyle
#changenow
#aafiyat
#olivehouse
#aafiyatsharing
#aafiyatstore
#shahalam
#setiaalam

Order Produk Olive House : https://shp.ee/8cjkh5t

NUTRISI PENTING HABBATUS SAUDA YANG PERLU ANDA TAHU

 NUTRISI PENTING HABBATUS SAUDA YANG PERLU ANDA TAHU

Nutrisi Penting dalam Habbatus Sauda


1. Asid Lemak :


Omega 3 dan Omega 6 asid lemak adalah keperluan utama dalam tubuh badan yang terkandung dalam Minyak Habbatus Sauda. Asid lemak juga ini membantu mencergaskan otak. Untuk mengekalkan fungsi otak yang normal, asid lemak diperlukan dalam jumlah yang mencukupi.


2. Vitamin dan Mineral :


Minyak Habbatus Sauda mempunyai banyak protein tumbuh-tumbuhan, thiamin, riboflavin, zink, tembaga, pyridoxine dan lain-lain nutrien yang boleh membantu badan berfungsi dengan baik.


Nutrisi Penting dalam Habbatus Sauda


Wednesday 26 January 2022

CARA PENGAMBILAN MADU

 CARA PENGAMBILAN MADU

Madu Asli Kyrgyzstan


Sebenarnya tiada cara ambil madu yang spesifik menurut kajian sains. Madu boleh diambil bila-bila masa sebab ia makanan.


Namun sebagai doktor yang berpengalaman merawat pesakit, saya ingin kongsikan cara pengambilan madu agar ia memberikan manfaat yang terbaik. 


Kita tahu madu adalah superfood atau makanan yang bernutrisi sangat bagus untuk tubuh. Madu mempunyai nilai Indek Glisemik yang sederhana. 


Ia mengandungi glukosa dan fruktosa yang memberikan tenaga segera. Dalam masa yang sama ia membekalkan mineral, vitamin dan enzim untuk merawat tubuh dari pelbagai penyakit.


Jika kita ingin menjadikan madu sebagai ubat, ada beberapa perkara yang perlu dipastikan.


1. Jadi madu bagus diambil ketika perut kosong kerana pada masa itu tiada asid dalam perut. Asid akan merosakkan nutrisi dalam madu. Jadi kita mendapat nutrisi sepenuhnya bila ambil madu ketika perut kosong.


2. Jangan campurkan madu dengan air panas. Haba yg panas akan merosakkan nutrisi dalam madu. Paling maksima boleh guna air 40 darjah celcius. Maksudnya bila kita celup jari dalam air, kita boleh bertahan, bermakna air tak terlalu panas. 


3. Madu terbaik diambil semasa berbuka puasa dan  diambil terus ke dalam mulut. Pada masa itu gula berada dalam tahap rendah. Gula akan masuk dengan cepat bersama-sama nutrisi yang lain. Bagi orang yang sihat, ambil dua sudu besar. Bagi yang ada diabetes ambil dua sudu kecil. Ketika itu penyerapan nutrisi dalam madu sangat cepat.


4. Boleh campurkan dengan beberapa makanan lain untuk tujuan tertentu. Madu campur limau/lemon untuk batuk dan lendir. Madu campur halia untuk perut kembung. Madu campur telur untuk tenaga dalaman. 


5. Khasiat madu berkurangan jika diambil dengan ubat-ubatan. Jarakkan 4 jam bila mengambil sebarang ubat. 


6. Elakkan ambil madu bersama makanan atau minuman yang manis, makanan yang berkanji atau makanan berproses. Ini akan meninggikan tahap gula gula dan inaulin dalam tubuh.


Semoga bermanfaat.


#HealthDrZubaidi

3.3 JUTA penduduk dewasa di Malaysia mengalami obesiti

 ✨ AafiyatCakna: 3.3 JUTA penduduk dewasa di Malaysia obes

3.3 JUTA penduduk dewasa di Malaysia mengalami obesiti


Tahukah anda hampir separuh dari rakyat Malaysia memiliki paras kolestrol yang tinggi di dalam darah. Prevalens obesiti juga meningkat berbanding kajian NHMS yang lepas. 


Seramai 3.3 juta penduduk dewasa di Malaysia adalah obes manakala seorang daripada tiga orang mempunyai berat badan berlebihan.


Obesiti boleh menyebabkan peningkatan kolesterol jahat dalam darah. Gejala kolesterol tinggi datang daripada gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat.


Sayangilah diri anda. Jom ubah ke gaya hidup lebih Aafiyat🤗


Rujukan:  

https://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/2015/KenyataanAkhbarYBMKNHMS2015.pdf 


#OliveHouse 

#AafiyatLifestyle 

#MudahnyaAafiyat 

#ChangeNow 

#Kolesterol 

#CegahObesiti

Tuesday 25 January 2022

🔥NATURAL FAT BURNER /SET KURUS SEMULAJADI OLIVE OIL EXTRA VIRGIN OLIVIE PLUS 30x & SARI CUKA TIN FIG VINEGAR | ADA GIFT

 JOM KITA AMALKAN GAYA HIDUP AAFIYAT!

Natural Fat Burner/Set Kurus Semulajadi Olive Oil Extra Virgin Olivie Plus 30x 
& Sari Cuka Tin


Saban tahun, sering kita dengar ramai yang menetapkan azam tahun baru iaitu ‘Nak Kurus’. Tapi sejauh mana kemampuan untuk mendapatkan berat badan ideal atau berat badan idaman, gara-gara sikap tidak konsisten, cara yang salah atau tempoh sasaran yang terlalu singkat.


Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan pelbagai usaha dan perubahan gaya hidup.


Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25%. Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%.


Dengan Konsep ‘AAFIYAT’ atau SIHAT, kami ada inisiatif untuk anda yang inginkan tampil lebih menarik, sihat, cergas dan berstamina. Produk eksklusif Olive House seperti Cuka Tin (Diekstrak dari Buah Tin istimewa dari Turki) Kaya dengan Asid Asetik di mana boleh membantu mengawal selera makan, mengurangkan lemak tubuh dan menggalakkan pembakaran lemak.


Manakala, Olivie Plus; Minyak Zaitun Extra Virgin membekalkan 30 kali khasiat dalam setiap sudu berbanding Minyak Zaitun Biasa. Minyak zaitun OLIVIE PLUS kaya dengan polifenol khususnya Hidroksitirosol, dengan Nilai ORAC tinggi melebihi antioksidan dari Resveratrol, Ekstrak Biji Anggur, Epicatechin dari Teh Hijau mahupun Vitamin C, serta ianya sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. Minyak Zaitun juga kaya dengan vitamin E yang penuh dengan kebaikan untuk jantung dan pengurusan kolesterol.


BESTNYA AMALKAN FAT BURNER SEMULAJADI OLIVE HOUSE!


Sudah ramai yang mengamalkan resepi ini dan rasailah kehebatannya. 


Set Burner terdiri daripada :


1) Pati Minyak Zaitun Olivie Plus 30x 250ml

2) Cuka Tin 250 ml atau Cuka Tin 500 ml


Khasiatnya:-

-Membekalkan tenaga semulajadi untuk lebih segar dan cergas.

-Membantu mengawal selera makan.

-Membantu mengelakkan pembentukan kolestrol jahat (LDL).

-Membantu detox bagi membuang toksin sebagai salah satu punca berat badan sukar turun.

-Membantu meningkatkan tahap kesihatan.

-Mengawal gula dan meningkatkan tindakbalas insulin.


#fatburnersemulajadi 


Dengan setiap pembelian melebihi RM140, layak menyertai peraduan Beli & Bercuti. Untuk belian di cawangan Central Region sahaja. Promo dari 11 November sehingga 12 Disember 2021 sahaja.


Dengan setiap pembelian juga, akan dapat FREEGIFT dari kami.


Untuk order : https://shopee.com.my/product/56607803/10974134068/

Perawatan resdung melalui Minyak Habbatus Sauda bersama Madu

 Perawatan resdung  melalui Minyak Habbatus Sauda bersama Madu 

Minyak Habbatus Sauda Olive House


Semua tahu kan berkaitan masalah resdung ni. Majoriti masyarakat Malaysia ada masalah resdung ni. Cumanya banyak atau sikit sahaja. Kebiasaannya gatal gatal hidung, bersin di waktu pagi, gatal kerongkong dan telinga.. Namun ada yang lebih kronik dh sengau dan membusuk hidung dan mulut.



OK ini antara symptom resdung


😢Gatal gatal hidung

😢Gatal mata

😢Gatal telinga

😢Gatal kerongkong

😥Atau kesemuanya sekali

😢Bersin pagi @ kerap bersin

😢Mata@hidung berair

😢Muka sembab

😥Mulut @ hidung berbau

😥Sembelit@masalah pembuangan


Masalah resdung bila tidak dirawat peringkat awal ia akan menjadi kronik, ada yang sampai asma disebabkan resdung kronik ni..kerana masalah pernafasan dan boleh membawa maut


Paru-paru kawan dia usus besar


Jadi bila. Ada masalah pada paru paru ia akan ada juga pada usus besar..

So bl ada resdung.. Kebiasaannya dia akan ada masalah pembuangan, samada sembelit, kurang membuang atau tidak lawas.


 Resdung sgt sensitif pd 6 perkara 

1. Habuk

2. Bau busuk

3. Keadaan sejuk

4. Makanan berjeruk mcm pekasam, gelama masam

5. Asap

6. Bulu kucing


Baik itu problem kan

Ni solisinya

Madu Asli Dari Pergunungan Kyrgysztan


Amalkan madu + habbatus sauda


Amal 2x sehari pg sblm sarapan dan malam sblm tidur. 


Sesudu madu Kyrgyzstan, 4-5 titik habbatus sauda. Kemam Lama2 di mulut sebelum telan. InsyaAllah..


Ada kesan langsung, terus keluar kahak berketul.


 Kredit : Ustazah Badariah 


#MinyakHabbatusSauda

#BlackSeedOil

#DropOfPrevention

Monday 24 January 2022

PERAWATAN MASALAH ANGIN

 PERAWATAN MASALAH ANGIN  

Minyak Habbatus Sauda Olive House


Definisi angin menurut istilah tradisional adalah sejenis toksin di dalam badan. 

Ia sama ada berbentuk gas ataupun gas bercampur cecair yang kadangkala boleh menyebabkan bengkak atau sembap kepada bahagian-bahagian badan.

.


Kadangkala, ketulan angin yang terlalu lama boleh menjadi seperti cyst di dalam badan. Biasa orang kampung panggil `angin berketul´.

Ia kadang-kadang terasa keras seperti batu-batu kecil bila disentuh dan sukar dipecahkan.

.


Bagi mereka yang ada angin dalam badan akan mempunyai sesetengah gejala-gejala yang berikut:


- Letih, lesu, tidak bertenaga dan tidak bermaya

- Sering mengantuk dan menguap

- Selalu rasa lenguh dan kebas

- Tapak tangan atau kaki berasa sejuk

- Sukar bernafas atau nafas pendek

- Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang

- Kulit kering

- 'Muscle spasms' waktu tidur atau jaga

- Perut berangin

- Sakit kepala atau migraine

- Perasaan mudah marah

- Hilang selera makan

- Lain-lain rasa ketidakselesaan badan 


Dalam merawat masalah angin dalam badan ini, makanan yang boleh kita gunakan atau amalkan ialah madu dan habbatus sauda´(black seed oil) dicampur bersama dan diminum bersama air suam pada waktu pagi (dhuha).

Ia juga boleh diambil waktu malam. Ma sya Allah sangat membantu....


Madu pergunungan Kyrgystan dan Minyak Habbatus Sauda Olive House yang sememangnya asli dan organik.

Madu Asli dari Pergunungan Kyrgyzstan Olive House



Sunday 23 January 2022

AafiyatSharing: Kenapa Kena Change Now?

 ✨ AafiyatSharing: Kenapa Kena Change Now?

Kenapa Kena Change Now? - by Olive House


.

Selalu orang jadikan gurauan yang obes tu tanda bahagia. Mungkin juga nak sedapkan hati sebab dah berusaha tapi selalu kecundang di tengah jalan.


Kenapa di Aafiyat kami sibuk-sibuk nak seru orang ramai untuk Change Now? Sebab kami tahu obesiti tu pintu kepada 6 masalah kronik yang lain. 


Menurut Framingham Heart Study, faktor masalah jantung ni terbahagi kepada dua iaitu yang boleh diubah dan yang tak boleh ubah (umur, jantina, genetik & etnik). Faktor yang boleh diubah termasuklah masalah diabetes, darah tinggi dan tinggi kandungan kolestrol jahat. 


Kolestrol jahat ni sebab apa dia jahat? Sebab dia boleh menghasilkan plak dalam arteri yang boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Dia suka-suka buat roadblock dalam salur darah kita.


Bila roadblock berlaku, aliran darah akan terhalang ke organ tubuh termasuk jantung. Masa ni la nanti tiba-tiba kena sakit dada dan jika dah terlewat boleh kena serangan jantung atau strok jika roadblock tu dekat salur darah di bahagian kepala.


Sayangi diri anda dan keluarga. Sahutlah cabaran kempen kami untuk sama-sama kita Change Now ke arah gaya hidup yang lebih aafiyat.


Rujukan: Hajar, R. (2017). Risk factors for coronary artery disease: Historical perspectives. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5686931/ 


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#ChangeNow

#CegahObesiti

Thursday 20 January 2022

BingkisanJumaat: Contohi Gaya Hidup Sihat Seperti Rasulullah saw

 ✨ BingkisanJumaat: Contohi Gaya Hidup Sihat Seperti Rasulullah saw



.

Rasulullah saw adalah role model bagi seluruh umat manusia. Firman Allah swt:


“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

(Surah Al-Ahzaab:21)


Panduan gaya hidup Rasulullah saw:

1. Diet Pemakanan 

 ✨Hanya memenuhi sepertiga ruang perut dengan makanan, sepertiga yang lain untuk minuman dan sepertiga terakhir untuk nafas.

 ✨Menu pemakanan harian Rasulullah saw terdiri daripada gandum, susu, cuka, madu serta kurma.


2. Ibadah Puasa 

✨Berpuasa pada setiap Isnin dan Khamis.

✨Berpuasa pada hari ‘Ayyamul Bidh’ atau hari-hari putih iaitu 13,14 dan 15 pada setiap bulan Hijriyyah.

✨Berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjjah), puasa hari Tasu’a & hari ‘Asyuura’ (9 & 10 Muharram), puasa enam hari pada bulan Syawal dan lain-lain lagi.


3. Senaman Melalui Solat

✨Rasulullah saw sering bersolat malam.

✨Posisi ruku’ dalam solat memastikan tulang belakang dalam keadaan baik, mengembalikan fungsi otot seperti sediakala, serta  terapi rawatan sakit pinggang.

✨Kedudukan ketika ruku’, sujud dan duduk tahiyat dalam solat mampu memberikan kerehatan kepada jantung.


4. Doa

✨Rasulullah saw banyak mengamalkan doa & tasbih tertentu untuk kesihatan diri dalam posisi ruku’ dan sujud dalam solat.


Rasulullah saw contoh ikutan gaya hidup Aafiyat secara menyeluruh. Selamat beramal.🤗


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#ChangeNow

#CegahObesiti

Thursday 13 January 2022

BingkisanJumaat: Zikir لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله Penyembuh 99 Penyakit

 ✨ BingkisanJumaat: Zikir لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله Penyembuh 99 Penyakit



.

Diriwayatkan dalam beberapa kitab hadis antaranya kitab al-Du’a oleh Imam Al-Tabarani iaitu:


مَنْ قَالَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ كَانَتْ لَهُ دَوَاءً مِنْ تِسْعٍ وَتِسْعِينَ دَاءً أَيْسَرُهَا الْهَمُّ


“Sesiapa yang mengucapkan la haula wa la quwwata illa billah, ia akan menjadi penawar dari 99 penyakit, yang paling ringan adalah penyakit al-ham (kerisauan).”


Imam a-Nawawi berkata “La haula wa la quwwata illa billah” itulah kalimah yang digunakan untuk menyatakan kita menyerah diri kepada Alllah swt dan menyedari kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan.


Ucapan ini dinamakan hauqalah. Apabila kita banyak berzikir mengingati Allah swt, ia mampu menjadi asbab penyembuh tetapi sekiranya kita banyak ingat kepada manusia ia boleh menjadi lebih kepada penyakit. Wallahu’alam bisshawab.


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Wednesday 12 January 2022

InfoAafiyat: Diabetes: Bagaimana Cuka Tin Membantu?

 ✨ InfoAafiyat: Diabetes: Bagaimana Cuka Tin Membantu?

Diabetis : Bagaimana cuka tin membantu


.

Buah tin merupakan buah yang diamalkan sejak zaman yunani purba lagi, namun fakta ini tidak mengejutkan kerana buah tin mempunyai pelbagai khasiat di samping mempunyai rasa yang enak dan unik.


✅ Buah tin bukan sahaja berkhasiat dimakan begitu sahaja, ia juga boleh diproses menjadi cuka yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

✅ Yang membezakan cuka tin daripada cuka buahan lain adalah ia mempunyai rasa yang lebih lembut.  1 sudu besar cuka tin mestilah dibancuh bersama segelas air serta diambil selepas makan. Amalkan 2 kali sehari.

✅ Boleh dicampur dalam makanan dan dibuat minuman detox dengan gabungan cuka tin bersama madu asli.

✅ Cuka yang berasaskan buah tanpa sebarang campuran cuka sintetik sangat berkhasiat serta membantu menyeimbangkan kandungan gula di dalam darah selain mampu membantu dalam menurunkan berat badan.


Jom dapatkan sari cuka tin dengan setiap pembelian Set Manis daripada Olive House!🥰


Rujukan: Brennan, D. (2020, September 24). Fruit vinegar: Is it good for you? pros and cons, nutrition information, and more. WebMD. Retrieved December 1, 2021, from https://www.webmd.com/diet/fruit-vinegar-health-benefits#2. 


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Tuesday 11 January 2022

Pemakanan Sihat untuk Kesejahteraan Keluarga

 ✨ InfoAafiyat: Pemakanan Sihat untuk Kesejahteraan Keluarga



Pelan pemakanan harian adalah tools penting, tetapi memikirkan apa yang hendak dimakan boleh terasa rumit, kan?


Selain daripada anda mengurangkan pengambilan garam, gula, lemak trans, serta jenis manisan yang pelbagai di pasaran, pengambilan lemak sihat daripada minyak zaitun juga membantu.


Hasil kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik Universiti Sapienza, Italy yang diterbitkan dalam British Journal Clinical Pharmacology menunjukkan bahawa: 

🔅Pengambilan 10g (lebih kurang 2 sudu) minyak zaitun extra virgin mampu menurunkan bacaan gula dalam darah selepas makan sebanyak 20 mg. 

🔅Kandungan Polifenol Oleuropein antara komponen utama minyak yang bertanggungjawab untuk kesan bermanfaat ini. 

🔅Minyak zaitun yang tinggi vitamin D & E juga bermanfaat buat pesakit diabetes.


Boleh juga cuba nikmati cuka buah tin yang dibancuh bersama air kosong, madu asli dan serbuk kayu manis Ceylon untuk manfaat kesihatan lebih optimum.


Kajian klinikal telah membuktikan bahawa kayu manis Ceylon mempunyai bahan aktif secara biologi menyamai peranan insulin.


Jadi, apa tunggu lagi? Anda mesti rebut ruang dan peluang untuk lakukan perubahan! Jom cuba Set Manis Olive House hari ini!sama-samalah kita amalkan gaya hidup Aafiyat🤗


Sumber:

(1) https://www.researchitaly.it/en/news/lower-blood-sugar-levels-with-olive-oil/#null

(2) https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04023539


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Monday 10 January 2022

Bahaya Diabetes di Kalangan Kanak-Kanak

✨ *AafiyatCakna*: Bahaya Diabetes di Kalangan Kanak-Kanak


Bahaya Diabetes di Kalangan Kanak-Kanak






Di Malaysia, jumlah pengidap diabetes jenis 1 di kalangan kanak-kanak semakin meningkat saban tahun. Diabetes jenis 1 lebih berbahaya berbanding diabetes jenis 2. *Sel-sel beta yang menghasilkan insulin dalam pankreas dimusnahkan oleh proses autoimun*. Oleh itu, kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 1 menghasilkan hanya sedikit atau tiada langsung insulin. Ini menyebabkan glukosa berkumpul di dalam aliran darah kanak-kanak dan menyebabkan hiperglikemia (paras glukosa darah tinggi).

Jom ketahui petanda diabetes pada kanak-kanak:

❗️Terlalu kerap minum air
❗️Kerap kencing malam
❗️Berat badan menurun walaupun makan banyak
❗️Lemah dan keletihan
❗️Sakit perut
❗️Loya dan muntah

Ibu bapa perlu cakna keseriusan penyakit ini. Kanak-kanak harus diajar dari awal mengenai *pengambilan makanan yang sesuai terutama karbohidrat dan gula* serta digalakkan supaya *aktif secara fizikal untuk menjadikan tubuh lebih sensitif terhadap tindakan insulin*. Amalkan gaya hidup Aafiyat untuk kesejahteraan keluarga. 👨‍👩‍👧‍👦

Sumber: http://www.diabetesmalaysia.com.my/article.php?aid=283

.
#OliveHouse
#AafiyatLifetsyle
#MudahnyaAafiyat
#SetManisOliveHouse

Sunday 9 January 2022

AafiyatSharing: Maaf, Anak Puan Ni Ada Kencing Manis

 ✨ AafiyatSharing: Maaf, Anak Puan Ni Ada Kencing Manis!


Maaf, Anak Puan Ni Ada Kencing Manis

.

Terkejut, terkedu, sedih, tergamam, semua perasaan ada waktu Dr Ahmad maklumkan yang Aiman anak kami darjah 6 tu disahkan ada kencing manis. Nak gugur jantung rasanya. Saya pandang suami, suami pandang saya. 


“Puan Syikin dan encik Roslan bawa bertenang ye.” Pujuk doktor Ahmad cuba menenangkan kami yang masih terkejut waktu tu.


Hati ibu dan ayah mana tak meruntun bila anak yang masih di sekolah rendah tiba-tiba disahkan ada penyakit kencing manis jenis 1 dan perlu mendapatkan suntikan insulin secara berkala. 


Kes kanak-kanak mengidap kencing manis bukan lagi perkara baru di Malaysia.  Dianggarkan 90% diabetes jenis 1 terjadi di kalangan kanak-kanak dan remaja. Kemungkinan faktor gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.


“Apa yang kami boleh lakukan doktor? Adakah anak kami akan berterusan perlu diberi suntikan insulin?” Waktu ni apa yang bermain dalam kepala puan Syikin ialah mahukan anaknya sihat seperti kanak-kanak normal lain tanpa perlu bergantung kepada ubatan.


“Buat masa sekarang, puan perlu pastikan Aiman diberi suntikan insulin setiap kali selepas makan.  Dalam masa yang sama puan sekeluarga perlu ubah ke gaya hidup yang lebih sihat. Lebihkan makanan berkhasiat dan pemilihan makanan bernutrisi tinggi akan membantu kesihatan tahap gula dalam darah. 


Teringat perkongsian-perkongsian Dr Zubaidi di FB yang telah saya set “See First”. Selama ini sekadar baca tanpa amal, insyaAllah, mungkin hikmahnya kini untuk kami amalkan gaya hidup Aafiyat dan pastikan Aiman dapat dirawat dengan baik dan kembali sembuh. 


Begitulah perkongsian puan Syikin baru-baru ni dalam satu pertemuan di Aafiyat Store kami. Datang untuk mendapatkan Set Manis bagi ikhtiar untuk Aiman dan mereka sekeluarga. Semoga dikurniakan keaafiyatan buat mereka, insha Allah.


Berminat nak cuba?

Klik je [link whatsapp]


Rujukan: http://www.myhealth.gov.my/en/diabetes-mellitus-3/


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Saturday 8 January 2022

DOA BERLINDUNG DARI DUKACITA : OLIVE HOUSE SHAH ALAM DAN MERU

 DOA BERLINDUNG DARI DUKACITA


Marilah sama-sama kita amalkan membaca doa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita ini agar dijauhkan daripada perasaan keluh kesah dan dukacita.

DOA BERLINDUNG DARI DUKACITA


Sumber :

https://twitter.com/RTM_Malaysia/status/1478157981095120898


#OliveHouse

#AafiyatLifestyle

#JAKIM 

#Doa 

#SetManis

Thursday 6 January 2022

BingkisanJumaat:* Doa Nabi Ayyub Ketika Sakit

 ✨ *BingkisanJumaat:* Doa Nabi Ayyub Ketika Sakit


Doa Nabi Ayyub Ketika Sakit

.

Nabi Ayyub as merupakan seorang nabi yang sangat sabar. Nabi Ayyub as diuji dengan banyak dugaan dimulai rumahnya hanyut, anak-anaknya meninggal, sehingga mengidap penyakit kulit yang parah bertahun-tahun lamanya. Dalam keadaan sakit tersebut Nabi Ayyub as lantas berdoa:


  أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ


“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”. 

(Surah Al-Anbiya: 83)


Allah swt respon dalam ayat seterusnya iaitu:


فَاسْتَجَبْنَا لَهُ فَكَشَفْنَا مَا بِهِ مِن ضُرٍّ وَآتَيْنَاهُ أَهْلَهُ وَمِثْلَهُم مَّعَهُمْ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَذِكْرَى لِلْعَابِدِينَ


“Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami supaya bersabar dan mendapat balasan baik.”

(Surah Al-Anbiya: 84)


Letakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah swt kerana Dia adalah sebaik-baik perancang. Kita usahakan dengan doa dan ikhtiar yang terbaik. Semoga bermanfaat.🤗


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Tuesday 4 January 2022

InfoAafiyat*: Diabetes & Keturunan: Tanggapan yang perlu dibetulkan..

 ✨ *InfoAafiyat*: Diabetes & Keturunan: Tanggapan yang perlu dibetulkan..



.

‘Dah cik ada kencing manis, mesti mak atau ayah pun sama kan?’

‘Ramai juga yang ada sejarah macam ni, Keturunan kan..’


Ni lah antara dialog yang selalu jadi tanggapan dalam masyarakat.


Berdasarkan hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, sejumlah *49% daripada penghidap diabetes di Malaysia, tidak pernah diperiksa atau didiagnosis* menghidap penyakit ini.


Dan,

Bila dah lalui beberapa siri simptom diabetes berlarutan lamanya serta dapatkan pemeriksaan lanjut, terdetik pula dalam hati, ‘ni penyakit keturunan kot, dah abah aku pun pesakit diabetes…’


_Come on,_

Tahun baru dan azam baru ni,

Elakkan tanggapan-tanggapan sinis kepada satu faktor penyebab saja.


Dalam situasi diabetes ni, selain diletakkan keterlibatan keturunan,

Pemakanan harian dan gaya hidup jauh lebih besar impaknya kepada lebih baik mahupun buruk.


Ayuhla kita ubah pemakanan harian kita dengan :

✅Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi garam, gula serta lemak trans

✅Tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi nutrisi daripada _‘plant-based food’_ berbanding _‘animal-based food’_

✅Kerapkan pengambilan air kosong 


Semoga tahun baru membawa sinar baru dalam sejarah kesihatan anda hasil perubahan kepada corak pemakanan dan gaya hidup lebih aafiyat🤲


 Rujukan:

(1) https://iptk.moh.gov.my/images/technical_report/2020/4_Infographic_Booklet_NHMS_2019_-_English.pdf

(2) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/694197/39-juta-orang-berumur-18-tahun-ke-atas-di-malaysia-hidap-diabetes


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Sunday 2 January 2022

AafiyatSharing*: Diabetes: Jangan Salahkan Keturunan

 ✨ *AafiyatSharing*: Diabetes: Jangan Salahkan Keturunan



.

Kencing manis atau diabetes ni selalu kan kita dengar orang cakap ianya adalah penyakit keturunan. Kalau mak ayah kita ada penyakit ni, nanti kita dan adik-beradik kita pun sangat tinggi risiko untuk mendapatkannya. Sudahnya kita salahkan keturunan/genetik bila disahkan mengidapnya.


Ye betul la memang genetik tu perkara yang kita akan warisi. Tapi sebenarnya apa yang kita perlu tahu ialah apa yang diwarisi itu tidak semestinya kita perlu zahirkan. Maksudnya kita boleh adjust bagi dia “tidur” je tak bangun.


Contoh macam kebanyakan pelanggan Olive House yang mana dah dapat “reverse” dari masalah kesihatan mereka. Dulu kebanyakan mereka pun sama ingat kena bergantung seumur hidup dengan ubat hospital. Rupanya tak mustahil pun nak kembali sihat tanpa perlu bergantung kepada ubat sintetik.


Sebut pasal makanan, kebanyakan pelanggan Olive House ni dapat tips dan nasihat melalui Aafiyat konsultan terlatih. Kemudian tambah dengan pengambilan makanan super yang disebut dalam Al-Quran seperti minyak zaitun, cuka buah tin, habbatus sauda, delima dan madu. Memang cepat sangat kesannya, Alhamdulillah syukur. 


Tak perlu ambil semua sekaligus pun tapi jika mampu apa salahnya kan. Berbelanja untuk sihat pun satu ibadah. Ha gitu.


Baru ni saya balik kampung sebelah isteri. Bapa mertua maklum kencing manis dia dah semakin terkawal. Gembira betul abah bercerita. Baru je beberapa bulan istiqomah dengan Set Manis Olive House. Alhamdulillah beri kesan yang sangat memberangsangkan. Syukur sangat-sangat katanya. 


Korang dah cuba ke? Nak order untuk ibu atau ayah di kampung?


Klik je wa.me/60136291519/blog


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Promosi Kombo Aafiyat D Haramain Olive House

 Kombo Aafiyat D Haramain Olive House Kombo 1 1. Minyak Zaitun Olivie Plus 30x 250ml 1 unit 2. Madu Kyrgyzstan 125g 1 unit PERCUMA Minyak Ha...