Thursday 30 December 2021

✨ BingkisanJumaat: Tahun Baharu dengan Matlamat & Semangat Baharu

 ✨ BingkisanJumaat: Tahun Baharu dengan Matlamat & Semangat Baharu



.

Pasti ramai dari kita yang ingin melangkah ke tahun baru dengan semangat dan matlamat yang baru. Azam dari sudut apa yang akan difokuskan? Adakah untuk kemajuan diri sahaja atau untuk kekayaan dunia? Bagaimana pula azam untuk kemajuan kerohanian?


Dalam kita menetapkan matlamat untuk diri kita, jangan dilupa akan azam berbentuk kerohanian seperti memberi kebaikan sesama manusia.


Dari Abu Hurairah ra, “Setiap tulang dan sendi manusia mesti memberi sedekah setiap hari. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih faham adalah sedekah. Menolong seseorang menaiki kenderaan dan mengangkat barangannya adalah sedekah. Kata-kata yang baik adalah sedekah. Membuang benda-benda berbahaya yang ada di tengah jalan juga adalah sedekah. Setiap langkah untuk tujuan ibadah adalah sedekah."

(HR Bukhari & Muslim)


Hidupkan tahun baharu dengan semangat baharu beserta matlamat pencapaian yang seimbang dari segi kemajuan untuk diri, agama, masyarakat dan negara. Selamat beramal.🤗


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Wednesday 29 December 2021

TipsAafiyat : Apa kaitan Diabetes, Serbuk Kayu Manis Ceylon dan Madu Pergunungan Kyrgystan?

 ✨ TipsAafiyat : Apa kaitan Diabetes, Serbuk Kayu Manis Ceylon dan Madu Pergunungan Kyrgystan?



.

Ada ke yang sedang mencari tips aafiyat untuk diabetes? Ya! Ini berita baik buat anda! 🤗


Kalau sebelum ni kita dah tahu Serbuk Kayu Manis Ceylon adalah rempah ratus yang sangat baik untuk diabetes, harini jom kita tengok bagaimana kaedah pengambilan yang sesuai serta kajian berkaitan dengannya. 


Satu kajian klinikal pengambilan Serbuk Kayu Manis Ceylon melibatkan 150 orang sukarelawan yang baru sahaja disahkan menghidap diabetes Jenis 2. 


Pengambilan Serbuk Kayu Manis Ceylon sebanyak 3g atau 6g (kira-kira setengah sudu teh dan 1 sudu teh) sehari,  dibahagikan kepada 3 kali pengambilan sehari,  selama 3 bulan menunjukkan kesan kestabilan kadar bacaan gula dalam darah termasuklah bacaan HbA1c

Rujukan: _Maddox, Pauline J. (2016) "Cinnamon in the Treatment of Type II Diabetes," Journal of Interdisciplinary Graduate Research: Vol. 2, Article 1, page 8.


Walau bagaimanapun Serbuk Kulit Kayu Manis Ceylon ini dalam kategori herba maka jangan diambil secara berlebihan, cukuplah sekadar 6g (1 sudu teh) untuk total pengambilan sehari dan pastikan keadaan pengguna sentiasa dipantau, tanpa meninggalkan rawatan sedia ada yang dinasihatkan oleh para doktor. 


Cumanya, apa kaitan dengan Madu Pergunungan Kyrgystan pula? 


Haa, kat sini ramai yang konfius, Madu ni baik ke tak untuk diabetes. Jawapannya sangat baik sekiranya madu yang anda amalkan benar-benar asli. Madu Pergunungan Olive House dah disahkan Autentik (Asli) oleh KKM jadi tak perlu risau lagi 😊


Maka boleh amalkan Madu sekadar 1-2 sudu teh sehari bersama Serbuk Kayu Manis Ceylon, samada dicampurkan dalam minuman mahupun makanan.


Dapatkan Madu Asli Pergunungan Kyrgystan & Serbuk Kayu Manis Ceylon secara PERCUMA dengan setiap pembelian Set Manis daripada Olive House. Selamat beramal! 🥰


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Tuesday 28 December 2021

Aafiyatsharing: Bahagia Hingga Ke Hari Tua

 ✨ Aafiyatsharing: Bahagia Hingga Ke Hari Tua



.

Bagaimana kita ingin meraih bahagia hingga ke hari tua?

Sedangkan selalu terjadi ‘sudah terhantuk baru tengadah’..

Sudah menerima kepiluan berita bakal dipotong kaki disebabkan komplikasi diabetes, barulah terfikir masa depan nanti bersama-sama pasangan dan anak-anak..

Jadi, beringat-ingatlah sebelum menjadi lebih parah.


Pengambilan makanan harian yang ada mineral kalsium dan fitonutrien semulajadi sangat penting untuk diambil oleh pesakit diabetes yang alami rintangan insulin (keadaan yang menghalang glukosa memasuki sel untuk tenaga).


Serbuk Kayu Manis Ceylon adalah antara jenis rempah ratus yang baik diambil oleh pesakit diabetes dan bonus kerana mengandungi mineral kalsium.


Boleh dinikmati bersama-sama Madu Asli. Madu Asli mengandungi kepelbagaian fitonutrien semulajadi yang bermanfaat untuk pesakit diabetes.


Jom mula amalkan sekarang🤗


Rujukan: https://www.healthline.com/nutrition/10-proven-benefits-of-cinnamon#TOC_TITLE_HDR_6


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Monday 27 December 2021

*Tanya DZ*: Tiba-Tiba Ada Kencing Manis Ketika Hamil?

 ✨ *Tanya DZ*: Tiba-Tiba Ada Kencing Manis Ketika Hamil?



Apa itu Gestational Diabetes Mellitus (GDM) ?

Ia merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.


Jadi jom ikuti kupasan ringkas Dr Zubaidi dalam Tanya DZ 

*Tiba-Tiba Ada Kencing Manis Ketika Hamil?*


🙅‍♂️ 27 Disember 2021 🙅‍♂️


[ ‼️ Ditunda Pada ‼️ ]

🔆 Tarikh : 28 Disember 2021 🔆


Hari : Selasa

Masa : 9.15 PM

Facebook Page : Olive House HQ & Dr. Zubaidi Hj. Ahmad


KLIK SINI UNTUK PAGE OLIVE HOUSE HQ :

https://www.facebook.com/MalaysiaOliveHouse


KLIK SINI UNTUK PAGE DR ZUBAIDI HJ AHMAD:

https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad


Sama Sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat🤗


.

#OliveHouse

#AafiyatLifestyle

#MudahnyaAafiyat

#Diabetes

#GestationalDiabetesMellitus

*TipsAafiyat* : Diabetes: Bagaimana madu asli membantu?

 ✨ *TipsAafiyat* : Diabetes: Bagaimana madu asli membantu?



.

Kebiasaannya penghidap diabetes tidak digalakkan mengambil makanan manis. Namun begitu, madu sebenarnya lebih baik untuk penghidap diabetes!  Madu merupakan makanan yang mempunyai pelbagai kebaikan dan keunikan, impaknya terhadap diabetes pula amat menarik.


🍯Kandungan gula akan meningkat sedikit di dalam darah sejam selepas dimakan dan *menurun semula setelah tiga jam*. Walaubagaimanapun, kenaikan insulin setelah memakan madu asli *tidak setinggi pemanis tiruan*.

🍯Kajian menunjukkan madu juga  membantu untuk *merendahkan LDL, atau kolesterol jahat*, dan *menaikkan HDL, kolesterol baik*, di dalam badan. Setelah 15 hari dimakan dengan konsisten, madu *menurunkan kadar kolesterol sebanyak 7%!*


Dapatkan madu asli pergunungan Kyrgyzstan secara PERCUMA dengan setiap pembelian Set Manis daripada Olive House!😍


_Rujukan: Al-Waili, N. S. (2004). Natural honey lowers plasma glucose, C-reactive protein, homocysteine, and blood lipids in healthy, diabetic, and hyperlipidemic subjects: Comparison with dextrose and Sucrose. Journal of Medicinal Food, 7(1), 100–107. https://doi.org/10.1089/109662004322984789_


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Sunday 26 December 2021

AafiyatSharing: Kerap Makan di luar Meningkatkan Risiko Penyakit Kencing Manis

 ✨ AafiyatSharing: Kerap Makan di luar Meningkatkan Risiko Penyakit Kencing Manis



.

Kita sekarang hidup di zaman trend sosial media yang kongsikan pelbagai jenis makanan yang dijual untuk menarik perhatian ramai untuk membeli. 


Dr Neale Cohen, dari Institut Jantung dan Diabetes Baker mengatakan masih ramai orang tidak menyedari makanan di gerai-gerai makanan selalunya tinggi lemak, garam dan gula. Beliau berkata doktor di institut itu melihat lelaki seawal usia 40 tahun sudah mengidap diabetes jenis 2. Apabila dikaji, kebanyakan pesakit kebiasaannya membeli makanan di luar tiga atau empat kali seminggu. Ini sangat membimbangkan!

Rujukan: https://www.medindia.net/news/diabetes-risk-increases-with-dining-out-77054-1.htm


Teringat dekat sorang kawan yang merupakan seorang doktor perubatan. Mail Botak ni walaupun doktor, gaji besar tapi tetap setiap hari bawa bekal yang dimasakkan isterinya. Ikutkan takde masalah pun nak makan di luar setiap hari. Kalau ditanya katanya lebih selamat dan masakan isterinya jauh lebih sedap. Jarang sangat kami dapat ajak dia untuk makan di luar. 


Bila terbaca tentang kajian ni aku pun mesej la Mail Botak untuk dapatkan lebih info. Jawapan yang diterima ternyata tepat seperti sangkaan. Memang Mail Botak pun dah lama tahu tentang perkara ini. Sebab tu lah dia jarang makan di luar apatah lagi memesan makanan segera.


Pesanan dari perbualan ringkas kami di whatsapp tu betul-betul satu tamparan buat orang yang macam aku ni. Alasan paling mudah, “masa muda ni la nak nikmati semua yang ada di depan mata”. 


Teringat pula pesanan Ustaz Zul dalam tazkirah di masjid; “Sengaja menjerumuskan diri dalam bahaya itu satu kezaliman dan hukumnya berdosa.”


Aduh. Rasa macam kena tampar berkali-kali pula. Patutlah orang kata sihat itu jihad. Memang satu jihad yang tidak mudah untuk kita yang hidup dalam zaman “Makanan Viral”. 


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Nutrisi Lemak Sihat & Kesihatan : Selamat Pagi Malaysia bersama Olive House

 Lemak lazimnya memberi kesan buruk terhadap tubuh. Tetapi dalam masa yang sama tubuh masih memerlukan lemak sihat untuk meneruskan funginya. Bagaimana memastikan anda mendapatkan lemak sihat? 🧐



✨JOM TONTON SELAMAT PAGI MALAYSIA BERSAMA OLIVE HOUSE✨


Saksikan slot Selamat Pagi Malaysia (SPM) RTM TV1 bersama Puan Nur Syamila Romli dalam membincangkan:-


📝Tajuk :  Nutrisi Lemak Sihat Dan Kesihatan

🗓️Tarikh : 27 Disember 2021 (Isnin)

⏰Masa : 10.05 pagi – 10.15 pagi

📺Saluran : TV1


KLIK SINI UNTUK TONTON SECARA ONLINE DI RTM KLIK :

https://rtmklik.rtm.gov.my/tv/1


Sama sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat🤗


.

#OliveHouse

#AafiyatLifestyle

#MudahnyaAfiyat

#LemakSihat

#MinyakZaitun

#SelamatPagiMalaysia

#SPM

#RTM

#TV1

Thursday 23 December 2021

BingkisanJumaat: Nabi saw Mendoakan Pembayar Zakat

 ✨ BingkisanJumaat: Nabi saw Mendoakan Pembayar Zakat



.

Daripada Abdullah bin Abu Awfa ra beliau berkata, Nabi saw apabila suatu kaum datang kepadanya dengan membawa zakat mereka, baginda saw akan mendoakannya:


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ فُلَانٍ


“Ya Allah berilah selawat (keampunan) kepada keluarga fulan (yang mengeluarkan zakat)".


Dalam kitab al-Muhazzab, imam asy-Syafi’i juga mengatakan bahawa disunatkan mendoakan kepada pembayar zakat dengan:


 آجَرَكَ اللهُ فِيْمَا اَعْطَيْتَ، وَبَارَكَ فِيْمَا اَبْقَيْتَ وَجَعَلَهُ لَكَ طَهُوْرًا


“Semoga Allah memberikan ganjaran pahala di atas apa yang kamu berikan, memberkati harta yang masih ada pada kamu dan menjadikannya bagi kamu suci daripada dosa”.


Zakat adalah bukti keindahan agama Islam yang penuh rahmat dan kasih sayang. Betapa indah jalinan kasih sayang antara orang yang memberikan zakat dan orang yang menerima.


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Wednesday 22 December 2021

TipsAafiyat: 5 Tips Aafiyat Untuk Diabetes/Kencing Manis Jenis 2

 ✨TipsAafiyat: 5 Tips Aafiyat Untuk Diabetes/Kencing Manis Jenis 2



.

Sedih rasanya apabila masalah penyakit diabetes semakin meruncing di Malaysia.  Salah satu sebabnya budaya makan masyarakat kita yang terkenal dengan pedas dan manis. Setiap pagi selalunya pasti ramai akan pekena roti canai bersama teh tarik. Itu belum bercerita soal nasi lemak dan kuih muih.


Kebanyakan simptom kencing manis akan bertindak secara senyap dalam diam tanpa kita sedar. Jom baca 5 tips bagaimana untuk elak diabetes yang kita boleh sama-sama praktikkan untuk menjaga kesihatan. 

✅ Amalkan pemakanan Aafiyat seperti: Lemak sihat (minyak zaitun, habbatus sauda dll), banyakkan sayuran buahan serta kurangkan pengambilan makanan proses dan lemak trans seperti burger, kentang goreng, makanan pastri serta marjerin

✅ Mengekalkan berat badan yang unggul

✅ Pantau bacaan gula dalam darah sekurangnya 3 bulan sekali

✅ Aktifkan diri serta bersenam sekurangnya-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu

✅ Rehat mencukupi dan tidur yang berkualiti


Marilah kita sama-sama amalkan pemakanan yang seimbang dan tinggi nutrisi supaya diabetes dapat dihalang demi untuk kesihatan yang berpanjangan di masa depan!🤗


Sumber: https://medlineplus.gov/howtopreventdiabetes.html


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Tuesday 21 December 2021

AafiyatCakna: Ramai Lagi Belum Tahu.. Anda Tahu?

 ✨ AafiyatCakna: Ramai Lagi Belum Tahu.. Anda Tahu?



.

Kita mungkin dah biasa dengar bahawa merokok boleh meningkatkan risiko kanser, serta penyakit berkaitan jantung, paru-paru dan organ lain. 


Tetapi,

masih ramai lagi belum tahu bahawa merokok adalah pencetus kepada risiko Diabetes Jenis 2.


Menurut suatu Laporan Pakar Bedah pada tahun 2014, bahan kimia dalam rokok menyebabkan kemudaratan kepada sel-sel badan perokok dan boleh mengganggu fungsi normalnya seperti keradangan di seluruh badan, yang boleh mengurangkan keberkesanan hormon insulin (disebabkan tahap nikotin yang tinggi).


Selain itu, apabila bahan kimia daripada asap rokok bertemu dengan oksigen dalam tubuh badan, proses ini juga boleh menyebabkan kerosakan sel, dipanggil tekanan oksidatif. Kedua-dua tekanan oksidatif dan keradangan dikaitkan dengan peningkatan risiko diabetes.


Sebab itu, penting diambil cakna tentang pemakanan harian yang lebih sihat.

Usahakanlah pengambilan :

✅Buah-buahan dan sayur-sayuran

- Nutrien semulajadi vitamin, mineral & serat

✅Madu boleh diambil secara terus atau dicampur dalam air kosong dan dengan campuran Cuka Buah yang sarat dengan mineral.

✅Lemak Sihat daripada Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ yang tinggi Sebatian Fenolik.

- Berdasarkan Ujian Farmakologi yang dilakukan di Makmal Bioteknologi, Fakuliti Sains Dhar El Mahraz, University Sidi Mohamed Ben Abdellah, Fez, Morocco pada tahun 2016 menemui bahawa ekstrak daripada pohon zaitun (termasuk buahnya) adalah selamat dan menunjukkan potensi aktiviti anti-radang dan analgesik, yang setanding dengan jenis ubat yang dibuat perbandingan.


Usahakan untuk berhenti merokok dan amalkan pemakanan harian yang lebih sihat.


Anda Mampu Mengubahnya!


Rujukan: 

(1) https://www.cdc.gov/tobacco/data_statistics/sgr/50th-anniversary/pdfs/fs_smoking_diabetes_508.pdf

(2) https://www.researchgate.net/publication/304659618_ANTI-INFLAMMATORY_AND_ANALGESIC_ACTIVITIES_OF_OLIVE_TREE_EXTRACT_Original_Article


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

AafiyatCakna: Kesan Diabetes Pada Tubuh Badan

 ✨ AafiyatCakna: Kesan Diabetes Pada Tubuh Badan



.

Penyakit Diabetes adalah satu keadaan di mana paras glukosa (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan hormon insulin atau kurang keberkesanan insulin yang dihasilkan oleh pankreas.


Diabetes ni jahat tau. Macam api dalam sekam. Sikit-sikit dia 'makan' dalam diam-diam. Kesan Diabetes pada tubuh badan:

❗️Risiko Penyakit dementia/lupa

❗️Mata boleh menjadi rabun

❗️Risiko kerosakan pankreas

❗️Komplikasi sistem reproduktif bagi lelaki

❗️Risiko amputasi/potong kaki


Nampak tak bahayanya diabetes ni? Sama-samalah kita amalkan gaya hidup aafiyat dengan pemakanan yang sihat🤗


Rujukan: https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000327.htm


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Diabetes: Mengapa Perlu Amalkan SET MANIS Setiap Hari?

 ✨ Diabetes: Mengapa Perlu Amalkan SET MANIS Setiap Hari?







SET MANIS Olive House mengandungi produk seperti Olivie Plus, Sari Cuka Tin, Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan, dan juga Kayu Manis Ceylon.

.


Mengapakah produk-produk ini disertakan dalam kombo bagi penyakit diabetes?

.


Pengamalan minyak zaitun semestinya sihat untuk badan, tapi kenapa? 


🍀 Minyak Zaitun Extra Virgin mengandungi antioksidan. Kajian mendapati bahawa pengambilan antioksidan dapat merendahkan risiko menghidap diabetes sebanyak 30%!


🍀 Sari Cuka Tin pula merupakan cuka buah-buahan yang sangat bermanfaat kepada tubuh. Kajian juga menunjukkan pengambilan cuka sebelum tidur juga membantu merendahkan kandungan gula di dalam darah penghidap penyakit diabetes jenis-2 oleh kerana sifat asid asetik yang antiglycemic.


🍀 Madu Asli merupakan madu yang tiada kandungan gula. Dalam sebuah kajian, madu asli dibuktikan untuk tidak menaikkan kandungan gula di dalam darah dengan drastik. Jadi, ia sesuai digunakan bagi pemanis alternatif serta sumber tenaga semulajadi.


🍀 Kayu manis bukan sahaja digunakan untuk menyedapkan masakan, ia juga mampu mendatangkan pelbagai faedah kepada kesihatan kita. Untuk pengetahuan anda, kajian menunjukkan kayu manis mempunyai bahan bioaktif yang mampu membantu dalam menstabilkan kandungan gula dan kolesterol di dalam badan. Kayu manis amat menakjubkan, bukan sahaja enak, bahkan juga berkhasiat!

.


Rujukan: 

(1) Warner, J. (2004, February 20). Antioxidant-rich diet may prevent diabetes. WebMD. Retrieved December 14, 2021, from https://www.webmd.com/diabetes/news/20040220/antioxidant-rich-diet-prevent-diabetes.


(2) White, A. M., & Johnston, C. S. (2007, November 1). Vinegar ingestion at bedtime moderates waking glucose concentrations in adults with well-controlled type 2 diabetes. Diabetes Care. Retrieved December 14, 2021, from https://care.diabetesjournals.org/content/30/11/2814.


(3) Al-Waili, N. S. (2004). Natural honey lowers plasma glucose, C-reactive protein, homocysteine, and blood lipids in healthy, diabetic, and hyperlipidemic subjects: Comparison with dextrose and Sucrose. Journal of Medicinal Food, 7(1), 100–107. https://doi.org/10.1089/109662004322984789


(4) Ping H, Zhang G, Ren G. Antidiabetic effects of cinnamon oil in diabetic KK-Ay mice. Food Chem Toxicol. 2010 Aug-Sep;48(8-9):2344-9. doi: 10.1016/j.fct.2010.05.069. Epub 2010 Jun 1. PMID: 20561948.

.

.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Sunday 19 December 2021

AafiyatSharing: Bahaya Merokok:Risiko Mendapat Diebetes

 ✨ AafiyatSharing: Bahaya Merokok:Risiko Mendapat Diebetes



.

2 hari lepas terserempak dengan Azlan, kawan masa di universiti dulu. Kami sebilik dan memang agak rapat dan sejak dari zaman belajar dia memang dah hisap rokok. Sebab lama tak jumpa kami pun mengopi la sambil bertanya khabar dan berkongsi cerita kehidupan masing-masing.


Aku perasan Azlan dah tak merokok rokok kegemarannya lagi tetapi dah bertukar kepada rokok elektronik (vape). Menurut Azlan, dia sekarang ada penyakit kencing manis.


Vape ni kalau ikutkan sama atau lebih bahaya dari rokok biasa. Kebanyakan perisa vape masih mengandungi nikotin. Semua orang tahu merokok tidak baik untuk kesihatan, tetapi adakah kita tahu ia boleh membawa kepada penyakit diabetes jenis 2?


Perokok mempunyai risiko 30%-40% lebih cenderung untuk mendapat diabetes jenis 2 berbanding orang yang tidak merokok. Nikotin meningkatkan paras gula dalam darah. Orang yang menghidap diabetes yang merokok memerlukan dos insulin lebih tinggi untuk memastikan kadar gula dalam darah dalam keadaan terkawal.

Rujukan: https://www.webmd.com/diabetes/nicotine-blood-sugar


Apapun vape ke, rokok ke, dua-dua bukan amalan gaya hidup sihat. Kedua-duanya pun ada kesan sampingan pada kesihatan. Nikotin sedikit atau banyak tetap memberi kesan buruk apabila diambil secara berterusan tak kira dari rokok biasa atau vape. Ibarat keluar mulut buaya, masuk ke mulut harimau pula.


Sama-samalah kita amalkan gaya hidup aafiyat🤗


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Thursday 16 December 2021

Diabetes: Bagaimana minyak zaitun membantu?

 ✨ Diabetes: Bagaimana minyak zaitun membantu?





Buah zaitun mempunyai keunikan dan kepentingan dalam pelbagai budaya, terutamanya bagi budaya di kawasan mediterranean. Kerana rasa buahnya yang pahit, sesetengah orang tidak suka memakannya begitu sahaja. Mujurlah buah zaitun juga boleh diproses untuk medapatkan minyaknya yang berkhasiat!


Minyak yang didiperoleh daripada buah zaitun pula mempunyai bahan bioaktif seperti hydroxytyrosol dan oleuropein yang *mengelakkan keradangan dan kerosakkan yang diakibatkan oksidasi di dalam badan.*


Minyak zaitun adalah sumber lemak sihat yang sekaligus *membantu meningkatkan kolesterol baik dan merendahkan kolesterol jahat* di dalam badan kita.


Ia juga *membantu meningkatkan sensitiviti insulin di dalam badan*, lantas, membantu *mengelakkan pengguna daripada kencing manis.*


Dapatkan minyak zaitun extra virgin Olivie Plus dengan setiap pembelian Set Manis daripada Olive House!


_Rujukan: Alkhatib, A., Tsang, C., & Tuomilehto, J. (2018). Olive oil nutraceuticals in the Prevention and Management of diabetes: From molecules to lifestyle. International Journal of Molecular Sciences, 19(7), 2024. https://doi.org/10.3390/ijms19072024_


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

BingkisanJumaat: Apakah erti Kekayaan yang Sebenar?

 ✨ BingkisanJumaat: Apakah erti Kekayaan yang Sebenar?



.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: 


“Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)."

(Hadith riwayat al-Bukhari)


Hakikat kekayaan bukanlah dengan banyaknya harta. Kekayaan sebenarnya adalah kekayaan jiwa, iaitu orang yang merasa cukup dengan pemberian kepadanya (qona’ah), redha dan tidak tamak dalam mencari harta.


Jadikanlah diri kita seorang yang kaya hati iaitu dengan akhlak terpuji dalam setiap perlakuan sama ada dengan Allah swt, sesama manusia dan makhluk yang lain.


Sama-sama juga kita amalkan gaya hidup cara Aafiyat🤗


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

Wednesday 15 December 2021

Fakta bukan Auta: Berapa ramai penghidap kencing manis di Malaysia?

 ✨ Fakta bukan Auta: Berapa ramai penghidap kencing manis di Malaysia?



3.9 JUTA!


Biar betul? Ya, itulah hakikatnya. 😭


Sekitar 3,900,000 rakyat Malaysia berumur 18 tahun keatas menghidap diabetes atau kencing manis. 


Nisbahnya 1 daripada 5 dewasa. Adakah korang termasuk dari golongan tersebut? 


Apa solusi pemakanan Aafiyat yang ada? 



#SetManis

Wednesday 8 December 2021

Info Aafiyat : Misi Jantung Sihat : Kaedah Optimum Amalan Madu, Minyak Habbatus Sauda, Cuka Tin & Minyak Zaitun

 ✨ Info Aafiyat: Misi Jantung Sihat: Kaedah Optimum Amalan Madu, Minyak Habbatus Sauda, Cuka Tin & Minyak Zaitun?




Bila tubuh rasa sakit-sakit, cepat penat, selalu mengah-mengah..ramai mencari suplemen yang pelbagai bentuk. 


Syukur kalau ada kelulusan KKM dengan saranan doktor namun banyak juga yang tidak ketahuan. 


Jantung kita sangat memerlukan nutrisi daripada sumber semulajadi tanpa proses tambahan,  seperti buahan, sayuran serta makanan dengan tinggi khasiat Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda, Cuka Tin serta Madu Asli. 


Penyerapannya jauh lebih efisyen dan manfaat dapat dirasai tanpa sebarang kesan sampingan. 


Namun bagaimana kaedah amalan optimum? 


Untuk superfood ini kaedahnya sangat mudah: 


✅ Minyak Zaitun Olivie Plus 30x diamalkan 1-2 sudu besar seawal pagi. Ketika perut kosong, penyerapan khasiat lebih efisyen dan baik untuk kesihatan usus.  


✅ Kemudian ambil Madu Gunung Kyrgystan 1 sudu teh dicampur dengan beberapa titis Minyak Habbatus Sauda, 5-7 titis pun sudah memadai untuk mengekalkan kecergasan. Boleh juga dibancuh bersama air suam.


✅ Bancuhan 1-2 sudu besar Cuka Tin bersama air kosong pula boleh diambil selepas makan sebagai sumber mineral(zat besi & probiotik) yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.


Amalkan pemakanan ini 1-2 kali sehari ya.


Jangan lupa sukat pengambilan air kosong sekurangnya 10 gelas atau 2 Liter sehari.


Mudahan kita semua diberikan kesihatan yang berpanjangan olehNya insyaAllah.


Rujukan: Knowledge Management Department, Aafiyat Group


.

#olivehouse

#minyakhabbatussauda

#habbatussauda

#blackseedoil

#blackseed

#Jantungsihat

#MalaysiakuAafiyat

#AllahJagaKita

#KitaJagaKita

Promosi Kombo Aafiyat D Haramain Olive House

 Kombo Aafiyat D Haramain Olive House Kombo 1 1. Minyak Zaitun Olivie Plus 30x 250ml 1 unit 2. Madu Kyrgyzstan 125g 1 unit PERCUMA Minyak Ha...