✨ *AafiyatSharing:* Kehidupan Selepas Serangan Jantung Ibarat Peluang Kedua
.
“Man, jom kita keluar makan dengan kawan-kawan lain.”
“Terima kasihlah Pian ajak. Aku ada bawa bekal ni. Isteri aku dah sediakan bekal.”
“Wah, berjimat betul kau Man, siap bawa bekal mangkuk tingkat.”
“Bukan apa Pian, isteri aku dah masakkan. Lagi pun memang dia pantau sekarang apa yang boleh aku makan. Kau lupa ke sebelum ni aku pernah dikejarkan ke hospital akibat kesukaran bernafas?”
Ye, beberapa bulan yang lalu aku pernah dikejarkan ke hospital. Tiba-tiba kena serangan jantung waktu tengah bekerja lebih masa pada hujung minggu. Aku betul-betul terkejut bila doktor sahkan ada berlaku penyempitan di salur darah sehingga mendapat serangan jantung. Dalam usia yang aku kira masih muda (39 tahun), aku memang tak menjangkakan aku akan terkena serangan jantung.
Tapi bila kenangkan semula gaya hidup aku selama ini yang terlalu sibuk dengan kerjaya, aku terpaksa terima kenyataan. Aku ingat aku sihat rupanya tidak. Mana tidaknya, setiap hari aku balik lambat. Makan pula semuanya yang segera dan lebih parah aku kerap makan lewat malam ketika pulang dari kerja.
Bersenam? Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir. Yang aku tahu setiap tahun seluar aku bertambah inci pada bahagian pinggangnya. Membesar menjadi jalur lebar dengan jayanya dan selalu menjadi bahan contoh sebagai seorang yang ‘bahagia’ dengan perut yang ke depan. Hahaha.
Sejak kejadian dimasukkan ke hospital tu aku mula ubah sedikit demi sedikit gaya hidup aku yang tak sihat selama ini. Syukur juga isteri aku banyak membantu dalam bab ni. Selama ni aku sering perlekeh bila tengok dia amalkan makanan organik, ambil madu, cuka tin dan macam-macam lagi la. Sekarang ni, semua tu dah jadi pendamping aku.
Semua makanan sihat ni kategori tinggi antioksidan. Sarat nutrisi untuk tubuh. Paling best bila doktor sahkan salur darah yang tersumbat tu dah clear macam lebuhraya 4 barisan tanpa perlu membuat pembedahan. Hanya kurang 2 bulan setelah aku mula amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.
Aktiviti fizikal pula aku pilih berbasikal. Sesuai dengan berat aku waktu tu yang melebihi 120kg. Untuk berlari akan memberi tekanan dan membahayakan lutut aku. Jadi aku pilih berbasikal dengan berperingkat-peringkat menambah jarak kayuhan. Alhamdulillah setelah 5 bulan, aku dah boleh buat kayuhan melebihi 100km. Berat badan pula kini dah berkurang kepada 95kg dan sedikit masa lagi aku yakin akan kembali ke berat ideal.
Di pejabat pula, aku kini tak jemu beri nasihat pada kawan-kawan yang masih tidak pedulikan pemakanan sihat. Yang masih setiap hari memesan makanan segera secara atas talian. Ye, semua itu memang sedap tapi kesedapan yang hanya sementara.
Bagi aku, kejadian kembali sihat selepas serangan jantung itu seolah memberi peluang kedua buat aku. Aku dah berjanji pada isteri dan anak-anak yang aku tak kan sia-siakan lagi peluang yang telah diberi. Sihat itu jihad. InsyaAllah.
.
#olivehouse
#minyakhabbatussauda
#habbatussauda
#blackseedoil
#blackseed
#Jantungsihat
#AllahJagaKita
#KitaJagaKita
No comments:
Post a Comment