Sunday 21 November 2021

AafiyatSharing:* Masalah Jantung Ketika Hamil

 ✨ *AafiyatSharing:* Masalah Jantung Ketika Hamil




.

“Bolehkah isteri saya hamil doktor?” 

Soalan yang ringkas tetapi penuh pengharapan dari Encik Azmi, suami kepada Kaseh yang mengalami masalah jantung tidak normal. Digengam erat tangan isterinya sambil memandang tepat ke arah doktor Geetha, Pakar Perunding Kardiologi Padiatrik dan Kongenital Dewasa, Institut Jantung Negara.


Menurut Dr Geetha, di Malaysia, selain penyakit jantung bawaan iaitu keadaan yang mana kecacatan pada jantung berlaku ketika bayi masih dalam kandungan, ramai wanita turut mengalami penyakit injap jantung seperti penyakit jantung reumatik.


Kehamilan menyebabkan beban kerja jantung bertambah. Antaranya:

🩸 3 bulan pertama kehamilan, isipadu darah meningkat 40%-50% & kekal tinggi bagi 6 bulan seterusnya

🩸 Jumlah darah yang dipam keluar setiap minit meningkat 30%-50%

🩸 Kadar denyutan jantung juga meningkat sebanyak 10-15 denyutan seminit


Saat kehamilan, jantung harus bekerja keras luar dari kebiasaan untuk mengepam darah dan nutrien kepada uri, rahim dan janin. Inilah sebab kenapa ada sesetengah kes walaupun sebelumnya sihat tetapi mengalami sedikit masalah apabila berlaku kehamilan. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kencing manis, obesiti dan darah tinggi.


Bagi wanita yang berhadapan masalah jantung seperti Kaseh, tidak bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil. Sebab itu amat penting kaunseling prakehamilan dilakukan, sekali gus memudahkan pakar perubatan menentukan strategi rawatan terbaik yang bukan hanya untuk ibu tetapi juga ke atas bayi.


*Pengambilan diet pemakanan yang tinggi nutrisi adalah antara langkah awal yang boleh diambil.* Banyak kajian menunjukkan pengambilan makanan-makanan tertentu secara konsisten *mampu menambah baik fungsi jantung yang bermasalah* dengan izin Allah.


Sama-sama kita amalkan gaya hidup aafiyat🤗


.

#OliveHouse

#AafiyatLifestyle

#MudahnyaAafiyat

#LoveYourHeartMalaysia

#UseHeartToConnect

No comments:

Post a Comment

Promosi Kombo Aafiyat D Haramain Olive House

 Kombo Aafiyat D Haramain Olive House Kombo 1 1. Minyak Zaitun Olivie Plus 30x 250ml 1 unit 2. Madu Kyrgyzstan 125g 1 unit PERCUMA Minyak Ha...