Wednesday 24 November 2021

Kebaikan Minyak Zaitun terhadap Kesihatan Jantung

 ✨ *InfoAafiyat:* Kebaikan Minyak Zaitun terhadap Kesihatan Jantung



.

Organ jantung sebenarnya perlukan sokongan daripada gaya hidup yang lebih sihat dengan aktiviti senaman, pengurusan emosi yang baik, tiada amalan merokok dan lebih utama kepada corak pemakanan harian.


Corak pemakanan harian yang sukar diubah perlu diusahakan semaksimanya dan perlu konsisten perubahannya. antaranya ialah dengan mengurangkan dan mengubah menu yang lebih banyak jenis berdaging, makanan yang diproses dan makanan bergoreng kepada jenis *lemak tak tepu yang bermanfaat untuk kesihatan jantung.*


Cuba biasakan diri ambil lemak sihat daripada sumber tumbuh-tumbuhan, contohnya daripada *minyak zaitun.* Lemak tidak tepu yang terdapat dalam minyak zaitun ‘extra virgin’ telah dikaji akan peranannya dalam *mengurangkan kesan keradangan yang berlaku di dalam tubuh badan termasuk di bahagian jantung.*


Bonus juga apabila minyak zaitun itu *tinggi vitamin E* dan kebaikan semulajadi seperti *fenolik* yang berperanan *menghadkan pengoksidaan LDL*, yang boleh menyebabkan pembentukan plak di salur darah, menyekat aliran darah ke jantung dan menyebabkan serangan jantung terutamanya.


Jom kita ubah corak pemakanan harian kepada amalan pemakanan secara Aafiyat🤗


_Rujukan: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/heart-healthy-diet/art-20047702_


.

#olivehouse

#minyakhabbatussauda

#habbatussauda

#blackseedoil

#blackseed

#Jantungsihat

#MalaysiakuAafiyat

#AllahJagaKita

#KitaJagaKita

No comments:

Post a Comment

Promosi Kombo Aafiyat D Haramain Olive House

 Kombo Aafiyat D Haramain Olive House Kombo 1 1. Minyak Zaitun Olivie Plus 30x 250ml 1 unit 2. Madu Kyrgyzstan 125g 1 unit PERCUMA Minyak Ha...