Sunday 19 December 2021

AafiyatSharing: Bahaya Merokok:Risiko Mendapat Diebetes

 ✨ AafiyatSharing: Bahaya Merokok:Risiko Mendapat Diebetes



.

2 hari lepas terserempak dengan Azlan, kawan masa di universiti dulu. Kami sebilik dan memang agak rapat dan sejak dari zaman belajar dia memang dah hisap rokok. Sebab lama tak jumpa kami pun mengopi la sambil bertanya khabar dan berkongsi cerita kehidupan masing-masing.


Aku perasan Azlan dah tak merokok rokok kegemarannya lagi tetapi dah bertukar kepada rokok elektronik (vape). Menurut Azlan, dia sekarang ada penyakit kencing manis.


Vape ni kalau ikutkan sama atau lebih bahaya dari rokok biasa. Kebanyakan perisa vape masih mengandungi nikotin. Semua orang tahu merokok tidak baik untuk kesihatan, tetapi adakah kita tahu ia boleh membawa kepada penyakit diabetes jenis 2?


Perokok mempunyai risiko 30%-40% lebih cenderung untuk mendapat diabetes jenis 2 berbanding orang yang tidak merokok. Nikotin meningkatkan paras gula dalam darah. Orang yang menghidap diabetes yang merokok memerlukan dos insulin lebih tinggi untuk memastikan kadar gula dalam darah dalam keadaan terkawal.

Rujukan: https://www.webmd.com/diabetes/nicotine-blood-sugar


Apapun vape ke, rokok ke, dua-dua bukan amalan gaya hidup sihat. Kedua-duanya pun ada kesan sampingan pada kesihatan. Nikotin sedikit atau banyak tetap memberi kesan buruk apabila diambil secara berterusan tak kira dari rokok biasa atau vape. Ibarat keluar mulut buaya, masuk ke mulut harimau pula.


Sama-samalah kita amalkan gaya hidup aafiyat🤗


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#SetManisOliveHouse

No comments:

Post a Comment

Promosi Kombo Aafiyat D Haramain Olive House

 Kombo Aafiyat D Haramain Olive House Kombo 1 1. Minyak Zaitun Olivie Plus 30x 250ml 1 unit 2. Madu Kyrgyzstan 125g 1 unit PERCUMA Minyak Ha...