✨ AafiyatSharing: Kerap Makan di luar Meningkatkan Risiko Penyakit Kencing Manis
.
Kita sekarang hidup di zaman trend sosial media yang kongsikan pelbagai jenis makanan yang dijual untuk menarik perhatian ramai untuk membeli.
Dr Neale Cohen, dari Institut Jantung dan Diabetes Baker mengatakan masih ramai orang tidak menyedari makanan di gerai-gerai makanan selalunya tinggi lemak, garam dan gula. Beliau berkata doktor di institut itu melihat lelaki seawal usia 40 tahun sudah mengidap diabetes jenis 2. Apabila dikaji, kebanyakan pesakit kebiasaannya membeli makanan di luar tiga atau empat kali seminggu. Ini sangat membimbangkan!
Rujukan: https://www.medindia.net/news/diabetes-risk-increases-with-dining-out-77054-1.htm
Teringat dekat sorang kawan yang merupakan seorang doktor perubatan. Mail Botak ni walaupun doktor, gaji besar tapi tetap setiap hari bawa bekal yang dimasakkan isterinya. Ikutkan takde masalah pun nak makan di luar setiap hari. Kalau ditanya katanya lebih selamat dan masakan isterinya jauh lebih sedap. Jarang sangat kami dapat ajak dia untuk makan di luar.
Bila terbaca tentang kajian ni aku pun mesej la Mail Botak untuk dapatkan lebih info. Jawapan yang diterima ternyata tepat seperti sangkaan. Memang Mail Botak pun dah lama tahu tentang perkara ini. Sebab tu lah dia jarang makan di luar apatah lagi memesan makanan segera.
Pesanan dari perbualan ringkas kami di whatsapp tu betul-betul satu tamparan buat orang yang macam aku ni. Alasan paling mudah, “masa muda ni la nak nikmati semua yang ada di depan mata”.
Teringat pula pesanan Ustaz Zul dalam tazkirah di masjid; “Sengaja menjerumuskan diri dalam bahaya itu satu kezaliman dan hukumnya berdosa.”
Aduh. Rasa macam kena tampar berkali-kali pula. Patutlah orang kata sihat itu jihad. Memang satu jihad yang tidak mudah untuk kita yang hidup dalam zaman “Makanan Viral”.
.
#OliveHouse
#AafiyatLifetsyle
#MudahnyaAafiyat
#SetManisOliveHouse
No comments:
Post a Comment