✨ BingkisanJumaat: Tahun Baharu dengan Matlamat & Semangat Baharu
.
Pasti ramai dari kita yang ingin melangkah ke tahun baru dengan semangat dan matlamat yang baru. Azam dari sudut apa yang akan difokuskan? Adakah untuk kemajuan diri sahaja atau untuk kekayaan dunia? Bagaimana pula azam untuk kemajuan kerohanian?
Dalam kita menetapkan matlamat untuk diri kita, jangan dilupa akan azam berbentuk kerohanian seperti memberi kebaikan sesama manusia.
Dari Abu Hurairah ra, “Setiap tulang dan sendi manusia mesti memberi sedekah setiap hari. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih faham adalah sedekah. Menolong seseorang menaiki kenderaan dan mengangkat barangannya adalah sedekah. Kata-kata yang baik adalah sedekah. Membuang benda-benda berbahaya yang ada di tengah jalan juga adalah sedekah. Setiap langkah untuk tujuan ibadah adalah sedekah."
(HR Bukhari & Muslim)
Hidupkan tahun baharu dengan semangat baharu beserta matlamat pencapaian yang seimbang dari segi kemajuan untuk diri, agama, masyarakat dan negara. Selamat beramal.🤗
.
#OliveHouse
#AafiyatLifetsyle
#MudahnyaAafiyat
#SetManisOliveHouse
No comments:
Post a Comment