Thursday, 20 January 2022

BingkisanJumaat: Contohi Gaya Hidup Sihat Seperti Rasulullah saw

 ✨ BingkisanJumaat: Contohi Gaya Hidup Sihat Seperti Rasulullah saw



.

Rasulullah saw adalah role model bagi seluruh umat manusia. Firman Allah swt:


“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

(Surah Al-Ahzaab:21)


Panduan gaya hidup Rasulullah saw:

1. Diet Pemakanan 

 ✨Hanya memenuhi sepertiga ruang perut dengan makanan, sepertiga yang lain untuk minuman dan sepertiga terakhir untuk nafas.

 ✨Menu pemakanan harian Rasulullah saw terdiri daripada gandum, susu, cuka, madu serta kurma.


2. Ibadah Puasa 

✨Berpuasa pada setiap Isnin dan Khamis.

✨Berpuasa pada hari ‘Ayyamul Bidh’ atau hari-hari putih iaitu 13,14 dan 15 pada setiap bulan Hijriyyah.

✨Berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjjah), puasa hari Tasu’a & hari ‘Asyuura’ (9 & 10 Muharram), puasa enam hari pada bulan Syawal dan lain-lain lagi.


3. Senaman Melalui Solat

✨Rasulullah saw sering bersolat malam.

✨Posisi ruku’ dalam solat memastikan tulang belakang dalam keadaan baik, mengembalikan fungsi otot seperti sediakala, serta  terapi rawatan sakit pinggang.

✨Kedudukan ketika ruku’, sujud dan duduk tahiyat dalam solat mampu memberikan kerehatan kepada jantung.


4. Doa

✨Rasulullah saw banyak mengamalkan doa & tasbih tertentu untuk kesihatan diri dalam posisi ruku’ dan sujud dalam solat.


Rasulullah saw contoh ikutan gaya hidup Aafiyat secara menyeluruh. Selamat beramal.🤗


.

#OliveHouse

#AafiyatLifetsyle

#MudahnyaAafiyat

#ChangeNow

#CegahObesiti

No comments:

Post a Comment

Promosi Kombo Aafiyat D Haramain Olive House

 Kombo Aafiyat D Haramain Olive House Kombo 1 1. Minyak Zaitun Olivie Plus 30x 250ml 1 unit 2. Madu Kyrgyzstan 125g 1 unit PERCUMA Minyak Ha...