Wednesday, 26 January 2022

CARA PENGAMBILAN MADU

 CARA PENGAMBILAN MADU

Madu Asli Kyrgyzstan


Sebenarnya tiada cara ambil madu yang spesifik menurut kajian sains. Madu boleh diambil bila-bila masa sebab ia makanan.


Namun sebagai doktor yang berpengalaman merawat pesakit, saya ingin kongsikan cara pengambilan madu agar ia memberikan manfaat yang terbaik. 


Kita tahu madu adalah superfood atau makanan yang bernutrisi sangat bagus untuk tubuh. Madu mempunyai nilai Indek Glisemik yang sederhana. 


Ia mengandungi glukosa dan fruktosa yang memberikan tenaga segera. Dalam masa yang sama ia membekalkan mineral, vitamin dan enzim untuk merawat tubuh dari pelbagai penyakit.


Jika kita ingin menjadikan madu sebagai ubat, ada beberapa perkara yang perlu dipastikan.


1. Jadi madu bagus diambil ketika perut kosong kerana pada masa itu tiada asid dalam perut. Asid akan merosakkan nutrisi dalam madu. Jadi kita mendapat nutrisi sepenuhnya bila ambil madu ketika perut kosong.


2. Jangan campurkan madu dengan air panas. Haba yg panas akan merosakkan nutrisi dalam madu. Paling maksima boleh guna air 40 darjah celcius. Maksudnya bila kita celup jari dalam air, kita boleh bertahan, bermakna air tak terlalu panas. 


3. Madu terbaik diambil semasa berbuka puasa dan  diambil terus ke dalam mulut. Pada masa itu gula berada dalam tahap rendah. Gula akan masuk dengan cepat bersama-sama nutrisi yang lain. Bagi orang yang sihat, ambil dua sudu besar. Bagi yang ada diabetes ambil dua sudu kecil. Ketika itu penyerapan nutrisi dalam madu sangat cepat.


4. Boleh campurkan dengan beberapa makanan lain untuk tujuan tertentu. Madu campur limau/lemon untuk batuk dan lendir. Madu campur halia untuk perut kembung. Madu campur telur untuk tenaga dalaman. 


5. Khasiat madu berkurangan jika diambil dengan ubat-ubatan. Jarakkan 4 jam bila mengambil sebarang ubat. 


6. Elakkan ambil madu bersama makanan atau minuman yang manis, makanan yang berkanji atau makanan berproses. Ini akan meninggikan tahap gula gula dan inaulin dalam tubuh.


Semoga bermanfaat.


#HealthDrZubaidi

No comments:

Post a Comment

Promosi Kombo Aafiyat D Haramain Olive House

 Kombo Aafiyat D Haramain Olive House Kombo 1 1. Minyak Zaitun Olivie Plus 30x 250ml 1 unit 2. Madu Kyrgyzstan 125g 1 unit PERCUMA Minyak Ha...