Sunday, 14 November 2021

Kurang Tidur Tingkatkan Risiko Penyakit Jantung

 ✨ *AafiyatCakna:* Kurang Tidur Tingkatkan Risiko Penyakit Jantung



.

Tidur yang berkualiti sering diabaikan dek sebab aktiviti harian yang lain. Menyiapkan timbunan kerja yang tertangguh, leka bermain permainan atas talian dan tak kurang yang tersenyum-senyum melayan cerita Korea di telefon pintar.


Tidur bukan sekadar melelapkan mata. Waktu kita tidurlah akan muncul makcik alam flora di perut kita. Nama dia melatonin. 


Melatonin ni sejenis hormon yang penting untuk membaikpulih sel-sel yang rosak. _Master of Antioxidant_, hormon awet muda gitu! Nak slim pun senang.


Tugasnya mudah iaitu mencuci tapi sangat penting. Bila kawasan perut bersih, tiada bakteria jahat yang boleh bermaharajalela. Kesannya proses rejuvenasi menjadi optimum. Terserlah pada wajah yang awet muda dan berseri-seri bak bidadari. 


Andai kurang tidur atau lewat tidur, makcik melatonin ni tak dapat nak jalankan tugas. Bayangkan tong sampah yang seminggu tidak dikosongkan. Boleh bayang rupa dan baunya? Meloya betul tak?


Ada satu kajian di Madrid oleh sekumpulan penyelidik Sepanyol. 3974 kakitangan bank diuji menggunakan pengesan aktiviti bagi mengukur tidur selama 7 hari yang turut merekod ultra bunyi jantung 3D dan imbasan tomografi berkomputer untuk meneliti kesan kepada jantung. 


Hasil penyelidikan mendapati individu yang *tidur kurang 6 jam adalah 27% kemungkinan mendapat Aterosklerosis iaitu pengerasan arteri yang disebabkan oleh timbunan plak kolesterol yang berisiko menyumbat saluran darah.*


Kualiti tidur merangkumi pelbagai amalan dan tabiat yang diperlukan untuk mencapai kualiti tidur malam yang baik dan tampil segar pada hari esok. 


Ini termasuklah:

✅Tidur dalam bilik yang gelap

✅Padamkan semua gajet atau letakkan minima jarak sekurang-kurangnya 2 meter dari tempat tidur

✅Padamkan wifi dan radio

✅Suhu bilik yang sejuk

✅Elakkan kafeine sebelum tidur


Jangan terkejut kalau anda dinasihati oleh doktor supaya amalkan _sleep hygiene_ jika sukar menurunkan berat badan kerana rehat mencukupi dan tidur yang berkualiti sangat membantu proses tersebut. 


Tidurlah dulu. Mana tahu esok kurus!😉


_Rujukan: https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2019/01/521464/kurang-atau-terlebih-tidur-tingkat-risiko-sakit-jantung_


.

#olivehouse

#minyakhabbatussauda

#habbatussauda

#blackseedoil

#blackseed

#Jantungsihat

#AllahJagaKita

#KitaJagaKita

No comments:

Post a Comment

Promosi Kombo Aafiyat D Haramain Olive House

 Kombo Aafiyat D Haramain Olive House Kombo 1 1. Minyak Zaitun Olivie Plus 30x 250ml 1 unit 2. Madu Kyrgyzstan 125g 1 unit PERCUMA Minyak Ha...