Sunday, 5 December 2021

AafiyatCakna:* Jangan Ambil Ringan Sindrom _Post-COVID(Long Covid)

✨ *AafiyatCakna:* Jangan Ambil Ringan Sindrom _Post-COVID(Long Covid)_




.
Beberapa hari lepas Menteri Kesihatan umumkan dalam sidang media varian baru yang tengah kecoh sekarang ni dah dikesan di Malaysia. Selepas Delta, Omicron pula muncul.

Baru-baru ni melawat Azman, kawan sekolah yang terkena covid bulan lepas. Dalam _group_ _WhatsAap_ kawan sekolah ramai yang kongsi keadaan Azman yang seperti mengalami sindrom post-COVID.

Sindrom post-COVID ni merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit COVID-19 *masih menunjukkan gejala bagi tempoh 12 minggu atau lebih* dan gejala tersebut tidak dapat dijelaskan dengan sebarang diagnosis alternatif. Keadaan ini berpunca daripada *komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ* dalam tubuh seseorang individu.

Sedih betul rasa masa aku melihat keadaan Azman tempoh hari. Kurus melidi kawan aku tu jadinya. Dulu bukan main sado lagi. Maklumlah zaman belajar sampai ke universiti dia memang aktif bersukan. Menurut Azman, dia kini sukar tidur malam dan sering rasa sukar bernafas selain dari sering batuk.

Ada 5 simptom utama yang kerap dialami oleh bekas pesakit COVID-19 iaitu:
‼️Kelesuan
‼️Kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti
‼️Sukar tidur malam
‼️Batuk berpanjangan & kegelisahan

“Apa patut aku amalkan sekarang ni Kamal? Kau kan Konsultan Aafiyat. Mesti ada tips kan. Kongsi la dengan aku. Mudah-mudahan dapat sembuh”.

Teringat kelas dengan Cikgu Mimie baru-baru ni. Aku pun cadangkan minyak zaitun, habbatus sauda dan madu. Semuanya ada kelebihan dan khasiat tersendiri selain *sarat dengan nutrisi dan bersifat antioksidan yang sangat baik untuk tingkatkan imuniti tubuh.*

Apa yang membimbangkan ialah jika berpanjangan, keadaan mereka yang mengalami sindrom post-COVID ni boleh menyebabkan komplikasi lain yang lebih serius seperti penyakit berkaitan *kardiovaskular, keradangan kronik dan masalah berkaitan kesihatan mental.*

Mudah-mudahan sahabat aku Azman dikurniakan kesembuhan. Amin ya Rabb.

Rujukan
_https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/06/long-covid-post-covid-syndrome-12062021_

.
#OliveHouse
#AafiyatLifetsyle
#MudahnyaAafiyat
#WorldHeartDay
#LoveYourHeartMalaysia
#UseHeartToConnect

No comments:

Post a Comment

Promosi Kombo Aafiyat D Haramain Olive House

 Kombo Aafiyat D Haramain Olive House Kombo 1 1. Minyak Zaitun Olivie Plus 30x 250ml 1 unit 2. Madu Kyrgyzstan 125g 1 unit PERCUMA Minyak Ha...