✨ BingkisanJumaat: Nabi saw Mendoakan Pembayar Zakat
.
Daripada Abdullah bin Abu Awfa ra beliau berkata, Nabi saw apabila suatu kaum datang kepadanya dengan membawa zakat mereka, baginda saw akan mendoakannya:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ فُلَانٍ
“Ya Allah berilah selawat (keampunan) kepada keluarga fulan (yang mengeluarkan zakat)".
Dalam kitab al-Muhazzab, imam asy-Syafi’i juga mengatakan bahawa disunatkan mendoakan kepada pembayar zakat dengan:
آجَرَكَ اللهُ فِيْمَا اَعْطَيْتَ، وَبَارَكَ فِيْمَا اَبْقَيْتَ وَجَعَلَهُ لَكَ طَهُوْرًا
“Semoga Allah memberikan ganjaran pahala di atas apa yang kamu berikan, memberkati harta yang masih ada pada kamu dan menjadikannya bagi kamu suci daripada dosa”.
Zakat adalah bukti keindahan agama Islam yang penuh rahmat dan kasih sayang. Betapa indah jalinan kasih sayang antara orang yang memberikan zakat dan orang yang menerima.
.
#OliveHouse
#AafiyatLifetsyle
#MudahnyaAafiyat
#SetManisOliveHouse
No comments:
Post a Comment